Processing...

Meem Gold

Welcome to Meem Gold & Jewellery Online Store

Wishlist

Terma dan Syarat Cabutan Bertuah Kempen "Galakan Simpanan Emas"

Tempoh Kempen: 9 Mac 2022 sehingga 9 Mac 2023

Terma dan Syarat berikut adalah terpakai bagi kempen “Galakan Simpanan Emas” anjuran MEEM Gold & Jewellery (KBSE Bullion Sdn Bhd : 1406217-U)

1.0   Syarat Kelayakan

1.1 Terbuka kepada semua pelanggan Meem Gold & Jewellery baru dan sedia ada (tiada had umur) yang mempunyai akaun simpanan emas “Gold Safe Storage (GSS)” dari tarikh 9 Mac 2022 sehingga 9 Mac 2023. 

1.2 Semua pemenang berumur bawah 18 tahun mestilah diwakilkan kepada ibubapa/penjaga yang sah. Dokumen Pengenalan diri mestilah disertakan dengan tuntuan hadiah

1.3 Pelanggan perlu membuat pembelian emas melalui platform www.meem.com.my sekurang-kurangnya RM 100.00 sepanjang tempoh kempen berlangsung untuk layak menyertai kempen ini.

1.4 Setiap pemenang hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja pada satu sesi cabutan.

2.0   Tiket Penyertaan

Pelanggan layak menyertai lebih dari satu tiket cabutan berdasarkan nilai belian terkumpul semasa cabutan. Setiap belian RM 100.00 adalah bersamaan satu (1) tiket cabutan bertuah. 

2.1 Tiket Penyertaan Kempen Kategori 1:

2.1.1 Jumlah kelayakan satu (1) tiket cabutan bertuah bagi Kategori 1 untuk satu (1) pelanggan adalah bernilai RM 100.00 jumlah belian secara sekaligus atau terkumpul sepanjang tempoh kempen seperti berikut:

Belian

Kelayakan Tiket Cabutan

RM 100.00 (sekaligus/terkumpul)

1 Tiket

2.2 Tiket Penyertaan Hadiah Kategori Utama (Myvi)

2.2.1 Jumlah kelayakan satu (1) tiket penyertaan bagi satu (1) pelanggan adalah bernilai RM 3000.00 jumlah belian secara sekaligus atau terkumpul sepanjang tempoh kempen.

2.2.2 Setiap pelanggan layak untuk menyertai lebih dari satu (1) tiket penyertaan berdasarkan jumlah nilai belian melalui akaun masing-masing.

3.0 Cabutan Hadiah

3.1 Cabutan Hadiah Kategori 1

3.1.1 Cabutan hadiah bagi penyertaan Kategori 1 adalah seperti berikut:

Sesi Cabutan

Tarikh Cabutan

Cabutan Sesi Pertama

9 Jun 2022

Cabutan Sesi Kedua

9 September 2022

Cabutan Sesi Ketiga

9 Disember 2022

Cabutan Sesi Keempat

9 Mac 2023

3.1.2 Jumlah keseluruhan hadiah bagi Kategori 1 untuk kesemua sesi cabutan adalah bernilai RM 120,000.00.

3.1.3 Cabutan hadiah akan dilakukan dalam satu sesi rakaman di premis MEEM Gold & Jewellery.

3.1.4 Tiket penyertaan untuk pelanggan yang tidak memenangi sebarang hadiah akan dibawa ke cabutan sesi seterusnya.

3.1.5 Walau bagaimanapun, satu (1) individu pemenang adalah terhad kepada satu (1) hadiah sahaja.

3.2 Cabutan Hadiah Kategori Utama (Myvi)

3.2.1 Pemilihan pemenang Kategori Utama akan dilakukan pada 9 Mac 2023 yang akan dipilih melalui cabutan secara rawak setelah kempen berakhir.

3.2.2 Walau bagaimanapun, satu (1) individu pemenang adalah terhad kepada satu (1) hadiah sahaja.

4.0 Contoh Senario Kelayakan Penyertaan dan Cabutan Hadiah

4.1 Senario A: Menyertai Cabutan Bertuah Kategori 1 Tanpa Menang

Tarikh

Belian

Jenis Pembelian

Jumlah Belian

20 Mac 2022

Gold Safe Storage (GSS)

RM 72.50

19 Mei 2022

Gold Safe Storage (GSS)

RM 75.80

Jumlah Belian Sekaligus / Terkumpul Pada Tarikh Akhir Sesi Pertama

RM 148.30

4.1.1 Pelanggan A layak menyertai cabutan bertuah Kategori 1 dengan satu (1) tiket penyertaan yang bernilai RM 100.00.

4.1.2 Pada tarikh pengumuman pemenang cabutan hadiah bagi sesi pertama ini berlangsung, Pelanggan A tidak berjaya memenangi sebarang hadiah cabutan bertuah.

4.1.3 Tiket penyertaan tersebut layak untuk dibawa ke sesi cabutan hadiah yang seterusnya.

4.2 Senario B: Menyertai Cabutan Bertuah Kategori 1 dan Menang

Tarikh

Belian

Jenis Pembelian

Jumlah Belian

15 Mac 2022

Gold Safe Storage (GSS)

RM 100.00

6 Jun 2022

Gold Safe Storage (GSS)

RM 76.10

Jumlah Belian Sekaligus / Terkumpul Pada Tarikh Akhir Sesi Pertama

RM 176.10

4.2.1 Pelanggan B layak menyertai cabutan bertuah Kategori 1 dengan satu (1) tiket penyertaan yang bernilai RM 100.00.

4.2.2 Pada tarikh pengumuman pemenang cabutan hadiah bagi sesi pertama ini berlangsung, Pelanggan B diumumkan sebagai salah seorang pemenang cabutan hadiah.

4.2.3 Tiket penyertaan tersebut dengan serta merta tidak layak untuk dibawa ke sesi cabutan hadiah yang seterusnya.

4.2.4 Untuk melayakkan Pelanggan B menyertai cabutan hadiah pada sesi seterusnya, Pelanggan B perlu membuat transaksi pembelian emas yang baharu dengan memenuhi syarat penyertaan.

 

4.3 Senario C: Layak Menyertai Cabutan Bertuah Kategori Utama

Tarikh

Belian

Jenis Pembelian

Jumlah Belian

15 Mac 2022

Belian Terus

RM 2,589.00

05 September 2022

Gold Safe Storage (GSS)

RM 74.70

24 Februari 2023

Belian Terus

RM 594.00

Jumlah Belian Sekaligus / Terkumpul Pada Tarikh Akhir Kempen

RM 3,257.70

4.3.1 Pelanggan C layak menyertai cabutan bertuah Kategori Utama dengan satu (1) tiket penyertaan yang bernilai RM 3,000.00.

4.3.2 Tiket penyertaan bagi Kategori Utama adalah tidak tertakluk kepada kelayakan ke cabutan hadiah seterusnya kerana cabutan hadiah bagi kategori ini hanya akan diadakan sekali sahaja sepanjang tempoh kempen berlangsung.

5.0 Notis Pemberitahuan Pemenang

5.1 Pengumuman pemenang akan diumumkan melalui panggilan telefon atau sms.

5.2 Pemenang akan dihubungi oleh pihak urusetia bagi urusan pengambilan hadiah. 

5.3 Pemenang perlu membuat pengesahan untuk menerima hadiah dalam tempoh tiga (3) hari selepas cabutan dibuat. Sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi dalam tempoh tiga (3) hari tersebut, cabutan tersebut akan dibatalkan dan cabutan semula akan dilakukan.

6.0 Hadiah-hadiah

6.1 Hadiah-hadiah yang disediakan dan dinyatakan adalah tidak boleh ditukar hakmilik, ditebus atau ditukar kepada bentuk wang tunai. 

6.2 KBSE Bullion Sdn. Bhd. berhak menukar model atau versi hadiah-hadiah yang dinyatakan dalam kempen dengan jaminan harga yang sama jika terdapat sebarang kekangan.

7.0 Tuntutan Hadiah

7.1 Pemenang dikehendaki untuk menuntut hadiah dalam tempoh 30 hari selepas pengumuman pemenang dibuat. Penyerahan hadiah akan terbatal sekiranya pemenang gagal menuntut hadiah dalam tempoh yang telah ditetapkan.

7.2 Pemenang diminta untuk mengemukakan kad pengenalan semasa tuntutan hadiah dibuat.

7.3 Sekiranya berlaku kes kematian pemenang, waris dibenarkan untuk menuntut hadiah dalam tempoh 30 hari selepas pengumuman pemenang dibuat. Waris dikehendaki untuk mengemukakan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menuntut hadiah. Pihak penganjur akan membatalkan cabutan tersebut sekiranya waris gagal berbuat demikian.

8.0 Terma-terma Am

8.1 Pelanggan yang ingin menyertai kempen ini dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat ini sebelum menyertai mana-mana bahagian dalam kempen ini.

8.2 Kakitangan dan keluarga kakitangan KBSE Bullion Sdn. Bhd. tidak layak untuk menyertai kempen ini. 

8.3 Dengan menyertai kempen ini, pelanggan dianggap memahami semua terma dan syarat kempen dan bersetuju untuk membenarkan data maklumat peribadi pelanggan diproses dan digunakan bagi tujuan kempen ini.

8.4 KBSE Bullion Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan kos atau bayaran yang dituntut ke atas hadiah-hadiah yang diberikan.

8.5 Penetapan lokasi penyerahan hadiah adalah tertakluk kepada KBSE Bullion Sdn. Bhd. sahaja. Sekiranya pihak KBSE Bullion Sdn. Bhd. bersetuju untuk penyerahan melalui proses penghantaran, semua kos dan risiko akan ditanggung sepenuhnya oleh pemenang.

8.6 Sebarang keputusan yang dibuat oleh KBSE Bullion Sdn. Bhd. adalah muktamad. Justeru tiada sebarang penerangan atau alasan diperlukan berkaitan perkara ini. 

8.7 KBSE Bullion Sdn. Bhd. berhak untuk mengubah terma dan syarat-syarat di atas tanpa sebarang notis.