HALL OF BARAKAH REWARD
Terma & Syarat Program
A. Kelayakan Peserta
1. Terbuka kepada semua Reseller (Individu) yang berumur 18 tahun dan ke atas.
2. Peserta hendaklah mengekalkan langganan Landing Page aktif sepanjang tempoh program.
3. Peserta wajib membuat pembelian minimum RM200.00 setiap bulan sepanjang tempoh program.
B. Kriteria Prestasi
Peserta perlu mencapai jumlah pendaftaran baharu beserta pembelian minimum RM50 mengikut kategori berikut dalam tempoh 1/4/2025 – 31/3/2026 (1 tahun):
Saf 99 : 99 orang
Saf 313 : 313 orang
Saf 1000 : 1000 orang
C. Ganjaran Program
1. Ganjaran diberikan berdasarkan kategori pencapaian yang ditetapkan.
2. Ganjaran tidak boleh ditukar kepada baucar, wang tunai, atau sebarang bentuk ganjaran lain.
3. Ganjaran ini tidak boleh dipindah milik, dijual, atau dituntut oleh mana-mana pihak ketiga.
D. Hak & Kuasa KBSE Bullion
1. KBSE Bullion berhak membatalkan kelayakan peserta sekiranya berlaku penipuan, manipulasi maklumat, atau pelanggaran syarat program serta mana-mana syarat lain dalam Buku Panduan dan Polisi Reseller.
2. KBSE Bullion berhak mengubah, menambah, atau meminda mana-mana terma & syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu.
3. Keputusan KBSE Bullion adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
Nota: Pendaftaran baharu adalah terbuka kepada semua umur tetapi WAJIB membuat pembelian minimum RM50.00.