MAKLUMAN PENSTRUKTURAN SEMULA CAJ PENGEPOSAN MEEM GOLD
𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘀𝘁𝗿𝘂𝗸𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗖𝗮𝗷 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗽𝗼𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗘𝗘𝗠 𝗚𝗼𝗹𝗱
Kepada semua pelanggan MEEM Gold yang dihormati,
Dimaklumkan bahawa mulai 15 Ogos 2025, MEEM Gold akan melaksanakan penstrukturan semula kadar caj perkhidmatan pengeposan.
Penyesuaian ini dibuat selaras dengan kenaikan kos yang berkaitan atau terlibat dengan pengeposan.
Ia juga bagi memastikan penghantaran barangan lebih cekap, selamat dan menepati keperluan operasi semasa.
MEEM Gold komited untuk terus menambah baik mutu perkhidmatan demi memberikan pengalaman terbaik kepada semua pelanggan kami.
Sekian, terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda yang berterusan.