NOTIS MAKLUMAN PELAKSANAAN PROSEDUR PENGAMBILAN ITEM EMAS DAN PERAK OLEH WAKIL


𝗡𝗢𝗧𝗜𝗦 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗗𝗨𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗜𝗧𝗘𝗠 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗪𝗔𝗞𝗜𝗟
Mohon ambil perhatian bahawa berkuat kuasa mulai 𝟵 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲, MEEM Gold akan melaksanakan prosedur rasmi bagi urusan pengambilan item emas dan perak oleh wakil yang dilantik oleh pemilik akaun (Third-Party Collection) .
Pelaksanaan ini bertujuan memastikan setiap urusan pengambilan dilakukan dengan lebih selamat dan telus, di samping melindungi hak serta aset pelanggan.
Pelanggan yang ingin melantik wakil dinasihatkan untuk merujuk 𝗟𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗔 – 𝗣𝗿𝗼𝘀𝗲𝗱𝘂𝗿 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗢𝗹𝗲𝗵 𝗪𝗮𝗸𝗶𝗹 terlebih dahulu bagi memastikan proses pengambilan berjalan lancar.
Kerjasama dan perhatian semua pelanggan amat dihargai.
Pengurusan MEEM Gold