PEMBAHARUAN SIJIL SYARIAH KBSE BULLION SDN BHD (MEEM GOLD)

_page-0001.jpg)
Alhamdulillah, Pembaharuan Sijil Syariah untuk KBSE Bullion Sdn Bhd (MEEM Gold) telah diperbaharui bagi tempoh 14 April 2026 hingga 13 April 2028.
Apa maksudnya untuk anda?
Ini bukan sekadar sijil.
Ini adalah pengesahan bahawa setiap proses dalam ekosistem MEEM Gold (daripada jual beli emas fizikal, penyimpanan, trade-in, hingga ke sistem reseller) telah melalui penilaian semula Syariah yang teliti.
✔️ Struktur operasi disemak
✔️ Mekanisme jual beli dipastikan patuh syariah
✔️ Proses dan SOP diaudit secara berkala
✔️ Sistem reseller turut dinilai
Kenapa ini penting?
Ramai yang nak simpan emas tapi dalam diam, mereka risau:
👉 “Betul ke patuh syariah?”
👉 “Ada unsur gharar tak?”
👉 “Transaksi sah ke?”
Di MEEM Gold, kita tak ambil mudah perkara ini.
Pematuhan syariah bukan pilihan. Ia kewajipan dan keutamaan.
Dengan pengesahan ini, anda dapat menyimpan emas danmembina kewangan dengan keyakinan, ketelusan dan keberkatan, insyaAllah.
#MEEMGold #SimpananEmasPatuhSyariah