Processing...

Meem Gold

Wishlist

SIJIL PENGESAHAN SHARIAH PROGRAM DIRHAM-DINAR EXCHANGE MEEM GOLD

Alhamdulillah, 

Program Dirham-Dinar Exchange MEEM Gold telah pun dilancarkan dan dilaksanakan pada bulan Mac 2025.

Untuk memastikan program ini mengikut panduan kepatuhan shariah,  pengesahan shariah daripada pihak Elzar Shariah telah dikeluarkan secara rasmi.

Ini adalah satu langkah penting dalam memastikan setiap transaksi pertukaran Dinar (emas) dengan Dirham (perak) yang dilakukan adalah terpelihara dari unsur riba dan selaras dengan prinsip muamalat Islam.

Dengan pengesahan ini, MEEM Gold ingin uar-uarkan perkhidmatan pertukaran Dinar dengan Dirham yang membolehkan pelanggan menukar Dirham kepada Dinar berdasarkan kadar pertukaran yang ditetapkan setiap hari.

#MEEMGold #DirhamDinarExchange